Peneroka kemalangan

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 02 Jan 12 - 0 Comments





Melawat isteri seorang peneroka FELDA, Ijok, Noorul Aini binti Md Ariff, yang terlibat dalam satu kemalangan jalanraya.

Noorul, 42 tahun tinggal bersama suami dan enam orang, termasuk yang masih bersekolah.

kemalangan itu berlaku sebulan yang lalu dan Noorul Aini baru sahaja keluar daripada Hospital Taiping selepas menjalani rawatan.

Saya berusaha untuk mendapatkan bantuan terutama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu menggurangkan bebanan beliau.

Bantuan rumah

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 02 Jan 12 - 0 Comments



Saya amat simpati dengan nasib sebuah keluarga yang tinggal di sebuah rumah yang serba kekurangan di Kampung Jerai Betina di Kampung Mesjid, Ijok.

Mohd Zulaimi bin Baharum, 33 tahun begitu terharu diatas lawatan Saya ke rumah beliau petang tadi.

Beliau yang bekerja kampung tinggal bersama isteri, Nur Asma binti Zafrul, 26 tahun dan dua orang anak yang masih kecil.

Dalam lawatan itu, Saya telah kenal pasti bantuan bagi membantu Zulaimi.

Turut hadir Ketua UMNO Cawangan Kampung Mesjid, Abdul Aziz Jamil.

Uzur

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 02 Jan 12 - 0 Comments






Melawat seorang peneroka, Ismail Bakar, 73 tahun di Tanah Rancangan FELDA, Ijok, yang uzur petang tadi.

Ismail yang tinggal bersama isteri, Siti Hajar binti Man, 72 tahun adalah seorang peneroka yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan terutama di FELDA, Ijok.

Beliau begitu mengambil berat mengenai kebajikan dan masalah yang sering berlaku di tanah Rancangan tersebut.

Ismail begitu terharu diatas kunjungan Saya ke rumahnya di peringkat 3.

Turut hadirn Ketua Kampung FELDA, Ijok, Haji Shukur Haji Jaman.

Surau

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 27 Dec 11 - 0 Comments



Perbelanjaan projek Kerajaan banyak yang boleh dijimatkan jika masyarakat sentiasa mengutamakan budaya bergotong royong.

Jika projek-projek yang kecil yang boleh dilakukan oleh penduduk dan tidak perlu diserahkan kepada kontrektor, saya rasa banyak yang boleh dipercepatkan.

Justeru, Saya berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dapat tampil untuk melaksanakan projek-projek kecil yang tidak perlu diserahkan kepada kontrektor bagi melakukannya.

Saya sempat meninjau pembinaan sebuah bilik air di Surau Sungai Malau Dalam bagi kemudahan penduduk.

Sebanyak RM 3,000 telah disumbangkan bagi perlaksanaan projek tersebut yang dibuat secara gotong royong yang siap dalam masa yang singkat.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Cawangan Sungai Malau Dalam, Nordin Abu Hasan yang juga Penyelia Kemas Parlimen Larut.

Kenduri kahwin

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 26 Dec 11 - 0 Comments


Menghadiri majlis perkahwinan anak seorang Jawatankuasa UMNO Cawangan Taman Lela, dekat Kamunting, tenghari tadi.

Kamarul Efendi bin Abdul Rahim, bekas penjaga gol Pasukan Perak telah melangsungkan perkahwinannya dengan Sharifah Norhidayah binti Syed Shaharuddin.

Didoakan semoga perkahwinan pasangan tersebut kekal hingga ke anak cucu.

Batuan rumah

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 03 Nov 11 - 0 Comments





Melawat sebuah rumah anak peneroka FELDA, Ijok yang begitu uzur dan memerlukan bantuan bagi memperbaiki beberapa kekurangan.

Sharifah binti Harun, 50 tahun begitu terharu diatas kedatangan Saya untuk meninjau keadaan rumah beliau itu yang terletak di peringkat 3.

Beliau yang juga Ibu Tunggal tinggala bersama dengan beberapa orang anak dalam keadaan rumah yang tidak begitu selesa.

Turut hadir ialah Naib Ketua UMNO Bahagian, Mohd Fauzi Kassim dan Ketua Kampung FELDA, Ijok, Haji Shukur Haji Jaman.

Taman pertanian

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 02 Nov 11 - 0 Comments






Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau kini mempunyai sebuah taman Pertanian untuk sebagai daya tarikan kepada ahli-ahlinya.

Taman tersebut yang terletak di perkarangan Bangunan Pejabat PPK itu masih diperingkat awal perlaksanaannya.

Tanaman tersebut dijangka mengandunggi pelbagai tanaman seperti Serai, Betik, Kangkung dan Jagung.

Ia diilhamkan sebagai usaha untuk menggalak ahli-ahli Unit PPK menyertai program Kempen Bumi Hijau.

PPK juga sedang mengatur lawatan Sambil Belajar untuk Ketua-Ketua Unit PPK ke Negara Jiran tidak lama lagi bagi menambahkan lagi pengetahuan mereka di bidang Pertanian dan Ternakan.

Ibu tunggal

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 02 Nov 11 - 0 Comments



Menyampaikan sumbangan kepada Ibu Tunggal, Roslina binti Yaacob, 30 tahun yang tinggal di Batu Kurau.

Penyampaian itu dibuat di hadapan perkarangan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau, petang tadi.

Turut hadir ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Larut, Mohd Fauzi Kassim, Ketua Kampung dan Ketua UMNO Cawangan Kampung Becah, Haji Tajuddin Ibrahim dan Ketua UMNO Cawangan Bendang Nering, Rasdi Yaccob.

Roslina, seorang pekerja Kantin mempunyai tiga orang anak yang masih kecil berusia diantara tujuh hingga 10 tahun.

Felda-sakit

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 02 Nov 11 - 0 Comments




Melawat seorang peneroka FELDA, Ijok, Shamsuddin bin Hassan, 67 tahun yang uzur di rumahnya petang tadi.

Beliau yang juga warga emas begitu terharu dan menitis air mata sebaik Saya tiba untuk melawatnya.

Shamsuddin, ketika sihat adalah seorang yang cukup aktif dalam kerja amal dan kemasyarakatan di FELDA, Ijok.

Beliau tinggal bersama isteri dan anak-anak.

JKKK

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 31 Oct 11 - 0 Comments











Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) harus diiktiraf oleh semua pihak dan ia janganlah dilihat hanya untuk kepentingan mana-mana golongan atau kumpulan.

JKKK adalah ditubuh dan dilantik oleh Kerajaan Negeri serta juga Kerajaan Pusat untuk membantu mentadbir perjalanan peringkat Kampung.

Mereka ini adalah dibawah naungan Menteri Besar di peringkat Negeri dan mereka adalah Mata dan Telinga Kerajaan.

Saya berkata demikian ketika berucap meresmikan program bergotong royong KEMAS peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah yang diadakan di perkarangan Dewan Orangramai Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjung, petang tadi.

JKKK adalah juga agensi yang akan mempastikan perpaduan di peringkat Masyarakat dan bertanggungjawab dalam menjalan program bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Kampung.

JKKK diberikan tauliah untuk mewakili Kerajaan dan tanggungjawab mereka amatlah penting dalam mempastikan kemajuan dan keselamatan setiap Kampung.

JKKK adalah juga sebuah badan bagi mempastikan usaha-usaha permuafakatan rakyat dan mulai tahun ini mereka diberikan peruntukan untuk menjalankan kegiatan bagi faedah penduduk.

Saya berharap tidak ada mana-mana pihak yang memperkecil-kecilkan kewibawaan dan peranan JKKK dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan Kerajaan.